Sebelum ini, rata -rata sudah mengetahui kedua – dua perkahwinan Datuk Adi Putra diakhiri dengan perceraian. Terkini, salah seorang bekas isteri Adi yang juga dahulunya isteri kedua pelakon ini, Norshahida Zolkifly telah membuat laporan polis berkaitan dengan pernikahan mereka terdahulu

Palsukan Sijil Nikah Untuk Visa

Menurut Shahida, Adi didakwa pernah memalsukan sijil nikah mereka pada awal Januari lepas untuk urusan visa dan perniagaan luar negara. Sebanyak dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Nilai berkenaan perkata itu pada 30 November lepas untuk tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

Bimbang Salah Guna Visa

 

Tambah Shahida, tujuan beliau membuat laporan polis tersebut adalah untuk mengelakkan namanya terbabit dalam sebarang urusan perniagaan Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim. Adi didakwa telah mengubahsuai sijil nikah dengan bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof dengan meletakkan nama Norshahida dalam sijil nikah tersebut.

“Saya membuat laporan kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan beliau dan bimbang jika visa itu disalah guna untuk tujuan lain”

Norshahida memberitahu beliau tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana tidak mahu pergolakan rumah tangga mereka berlaku namun pada Julai yang lalu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan pernikahan mereka berdua adalah tidak sah.